Orang kampung rata-rata tetap susah. Bukan sahaja menghadapi harga barangan keperluan harian naik, baja dan racun naik, upah kerja naik (sebab pekerja Malaysia) sukar diperolehi menyebabkan mereka tersepit di tengah-tengah kesusahan hidup.
Rata-rata mereka berusia atas 50-an, serba serbi dah tak kuat. Masa muda dijadikan taruhan untuk bekerja yang rata-ratanya kurang pendidikan. Manakala yang baik pendidikan jadi kakitangan kerajaan dan tinggal di bandar-bandar besar yang seminggu sekali balik kampung.
Ada yang menjadi Pembantu Am Rendah (PAR) atau PRA, Pemandu Kenderaan Bermotor di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pejabat daerah dan pejabat kerajaan yang lain. Ada juga yang menjadi Pembantu Tadbir, Juruteknik, yang tinggi sedikit jadi Penolong Pegawai Tadbir dan lain-lain.
Bakinya jadi pekebun atau pesawah yang pendapatan mengikut harga semasa. Kalau kelapa mahal, maka banyaklah dapat duitnya. Kalau pisang mahal maka banyaklah bakinya. Padi pula kalau pengeluaran banyak, maka banyaklah bakinya setelah ditolak upah mesin membajak dan mesin memotong padi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan