Rabu, 17 Disember 2008

Gaya Penulisan Akhbar

Pengalaman menjadi penulis sambilan di dua media cetak Berita Harian Sdn. Bhd. dan Bernama amat berbeza. BHSB selain mengutamakan berita yang mutakhir, ada memainkan peranan menarik pembaca untuk membeli. Hampir semua berita berbentuk piramid terbalik. Selain berbentuk padat, tepat, ringkas dan menarik di baca. Cuba baca http://www.bharian.com,my/

Kebiasaannya para pertama atau intro juga disebut pendahulu beritanya sudah memadai dibaca keran sudah merangkumi hampir keseluruhan cerita. Pendek kata, penulis dan pengarang mengamalkan penulisan yang lengkap.

Berbanding Bernama, bentuk pemberitaanya tidak begitu mengutamakan yang penting di atas sekali. Namun beritanya masih sedap dibaca dan ada nilai berita. Bernama menggunakan gaya ayat yang pendek, tersendiri dan lebih ringkas.

Bandingannya, jika BHSB menggunakan satu para yang padat, Bernama boleh dipecahkan kepada tiga para. Walau pun ada perbezaan cara dan gaya penulisannya, yang penting matlamat memberikan maklumat kepada pembaca sampai kepada sasaran. Pembaca boleh melayari http://www.bernama.com/

Isnin, 15 Disember 2008

Orang Kampung Tetap Susah..

Orang kampung rata-rata tetap susah. Bukan sahaja menghadapi harga barangan keperluan harian naik, baja dan racun naik, upah kerja naik (sebab pekerja Malaysia) sukar diperolehi menyebabkan mereka tersepit di tengah-tengah kesusahan hidup.


Rata-rata mereka berusia atas 50-an, serba serbi dah tak kuat. Masa muda dijadikan taruhan untuk bekerja yang rata-ratanya kurang pendidikan. Manakala yang baik pendidikan jadi kakitangan kerajaan dan tinggal di bandar-bandar besar yang seminggu sekali balik kampung.


Ada yang menjadi Pembantu Am Rendah (PAR) atau PRA, Pemandu Kenderaan Bermotor di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pejabat daerah dan pejabat kerajaan yang lain. Ada juga yang menjadi Pembantu Tadbir, Juruteknik, yang tinggi sedikit jadi Penolong Pegawai Tadbir dan lain-lain.


Bakinya jadi pekebun atau pesawah yang pendapatan mengikut harga semasa. Kalau kelapa mahal, maka banyaklah dapat duitnya. Kalau pisang mahal maka banyaklah bakinya. Padi pula kalau pengeluaran banyak, maka banyaklah bakinya setelah ditolak upah mesin membajak dan mesin memotong padi.